Bank Pusat Jepun (BOJ) dilaporkan akan menyatakan bahawa potensi kesan daripada peningkatan tarif Amerika Syarikat tidak akan mengganggu kitaran pertumbuhan gaji dan inflasi yang sedang berjalan, satu elemen penting bagi meneruskan kenaikan kadar faedah.
Pendekatan ini dijangka dimuatkan dalam laporan unjuran suku tahunan BOJ yang akan diterbitkan pada 1 Mei, menurut laporan Reuters pada hari Isnin yang memetik sumber.
Menurut laporan tersebut, adalah sukar pada ketika ini untuk menganggarkan secara tepat sejauh mana kerosakan ekonomi yang mungkin timbul akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump.
Namun begitu, kekurangan tenaga kerja yang semakin ketara dijangka akan terus mendorong syarikat-syarikat Jepun menaikkan gaji pekerja.
Laporan itu turut menyebut bahawa meskipun risiko sememangnya meningkat, namun tahapnya masih belum cukup serius untuk memerlukan semakan semula secara menyeluruh terhadap senario asas BOJ, yang kini menjangkakan pemulihan ekonomi secara sederhana.