Perdebatan panas mengenai kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) bagi pekerja asing menemui noktah apabila kerajaan sebulat suara memutuskan untuk menetapkan 2% sebagai kadar baru yang jauh lebih rendah daripada candangan asal iaitu 12%.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan tersebut semasa Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina ACCCIM 2025, menekankan bahawa kerajaan bersedia menaikkan kadar itu ke 4% apabila keadaan ekonomi bertambah baik.
Keputusan ini disambut baik oleh Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), yang menegaskan ia memberi kepastian kos kepada industri yang bergantung kepada tenaga kerja asing.
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, turut menekankan pentingnya perbincangan dengan sektor swasta sebelum sebarang perubahan dasar dibuat.
Dengan majikan kini ‘terlepas’ daripada beban kos tambahan, persoalannya adakah ini kemenangan untuk perniagaan, atau kekalahan untuk pekerja asing?