Pasaran menunjukkan reaksi bercampur selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di sesi New York semalam berkenaan tarif.
Disebabkan China tetap berkeras untuk melawan tarif yang dikenakan, Trump umumkan tarif tambahan baharu ke atas China kepada 125%.
Susulan itu juga, Trump mengarahkan tempoh penangguhan tarif selama 90 hari berikutan lebih 75 negara yang menghubungi pegawai-pegawai Amerika untuk berunding berkenaan penyelesaian tarif.
Suasana pasaran sedikit pulih dengan mata wang US dolar juga dilihat turut paparkan pengukuhan di sesi New York semalam selepas bergerak lemah di sesi sebelumnya.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya membuat kenaikan di sesi Asia semalam melepasi 1.10000 dan kemudiannya menghampiri paras 1.11000 di sesi Eropah.
Namun, gagal untuk meneruskan kenaikan ke zon rintangan tersebut menyaksikan pengunduran semula harga di sesi berikutnya.
Penghujung sesi New York, harga hampir mencecah kembali ke zon 1.09000 sebelum paparkan lantunan perlahan menyambung dagangan di pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Jika pergerakan harga kekal berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, besar kemungkinan corak bearish harga akan dipamerkan.
Penurunan harga jika melepasi zon 1.09000 akan mensasarkan kepada zon support minggu lalu sekitar 1.08000.
Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50 dan paras 1.10000, masih ada potensi untuk kenaikan diteruskan di penghujung minggu.
Sasaran adalah untuk menuju zon rintangan 1.11000 dan mengujinya sekali lagi.
Pergerakan harga dijangka akan dipengaruhi oleh terbitan data inflasi AS pada sesi New York malam ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK