Pasaran bergerak dalam ketidaktentuan dengan pelabur mula berhati-hati dengan isyarat awal daripada laporan pekerjaan JOLTS yang diterbitkan di sesi New York semalam.
US dolar tidak menunjukkan pergerakan yang ketara berkemungkinan pelabur masih menantikan beberapa lagi data penting pada hari ini (Rabu) yang boleh memberi gambaran lebih jelas untuk aktiviti ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Data ADP untuk pekerjaan swasta dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku pertama 2025 akan diterbitkan di awal sesi New York.
Turut akan menyusul komponen inflasi kegemaran Federal Reserve (Fed) iaitu indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan penggunaan peribadi AS.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih lagi bergerak mendatar sepanjang Selasa semalam di di bawah zon rintangan 1.14000.
Walaupun data JOLTS hadir dengan bacaan lemah, pergerakan ketara harga tidak berlaku namun berkemungkinan situasi akan berubah pada terbitan beberapa data hari ini.
Di sesi Asia pagi ini (Rabu), harga yang berlegar di bawah 1.14000 sedikit menurun di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dengan arah pergerakan harga yang masih bercampur-campur.
Sekiranya US dolar berjaya pulih minggu ini, penurunan harga bakal berlaku untuk zon support pada 1.13000 diuji.
Tembus lebih rendah akan memberi isyarat bearish buat harga melanjutkan lagi penurunan ke paras-paras tumpuan berikutnya seperti 1.12000 dan 1.11000.
Namun, jika harga membuat kenaikan melepasi zon support 1.14000 didorong penyusutan jelas bagi mata wang US dolar, harga boleh menuju semula ke ketinggian minggu lalu sekitar 1.15700.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.16000 bakal diuji sebelum harga terus mencatatkan rekod tertinggi terbaru 4 tahun.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK