Walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan, namun US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran sehingga dagangan menuju ke penghujung minggu.
Di sesi New York pada Khamis semalam, data indeks harga pengeluar (PPI) AS mencatatkan peningkatan untuk bulan Januari mengatasi ramalan, menyusuli bacaan inflasi pengguna yang diterbitkan hari sebelumnya.
Pelabur akan memberi tumpuan kepada data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pula pada sesi New York malam ini.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan diteruskan untuk 3 hari berturut-turut bermula Selasa lalu.
Kenaikan bermula dari paras 1.03000 dan kemudiannya telah melepasi paras tumpuan pada 1.04000.
Peningkatan berterusan pada sesi New York semalam sehingga mencapai ketinggian baharu 1.04600 mengatasi paras dagangan minggu lepas.
Pergerakan harga kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu menunjukkan isyarat bullish untuk harga ke paras lebih tinggi.
Jangkaan untuk kenaikan yang diteruskan adalah ke sekitar 1.05000 sebagai sasaran tumpuan terhampir harga.
Kenaikan lebih tinggi yang melepasi paras itu berpotensi mencatatkan harga untuk paras tertinggi baharu 9 minggu.
Namun, tidak mustahil untuk harga berubah arah membuat penurunan pada pergerakan di sesi-sesi akhir minggu ini.
Harga bakal menguji zon tumpuan pada 1.04000 dan jika berjaya ditembusi, pelabur berwaspada untuk isyarat awal pergerakan bearish.
Penurunan lebih rendah harga akan mendorong paras sokongan 1.03000 di awal minggu kembali dihampiri harga semula.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.