Pergerakan pasaran perlahan dan mendatar pada Isnin semalam berikutan Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena Hari Presiden.
US dolar mendatar pada pembukaan awal minggu setelah paparkan corak penyusutan sepanjang minggu lalu.
Selepas pelabur memerhati data inflasi dan jualan runcit AS, minggu ini pula tumpuan adalah pada minit mesyuarat FOMC dan data sektor pembuatan dan perkhidmatan yang bakal mempengaruhi pergerakan US dolar.
Jika diperhati carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencapai ketinggian pada zon 1.05000 pada kenaikan sehingga ke penghujung minggu lalu.
Namun pada Isnin semalam, harga hanya mendatar di bawah zon rintangan itu dengan pergerakan harga perlahan dalam julat sekitar 30 pips sahaja.
Menutup dagangan sesi New York sekitar 1.04800, harga menunjukkan penurunan perlahan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa).
Walaupun perlahan, namun harga yang mula bergerak di bawah garisan rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi petanda awal untuk permulaan trend bearish harga.
Sekiranya harga mula membuat penurunan, jangkaan paras terhampir yang akan menjadi tumpuan adalah pada sekitar 1.04000.
Seterusnya, dengan isyarat bearish yang lebih jelas, harga bakal melanjutkan corak penurunan menuju paras support minggu lepas pada 1.03000 semula.
Namun jika situasi penurunan harga tidak berlaku, pelabur akan menjangkakan corak kenaikan harga dari minggu lepas akan diteruskan semula, namun perlu melepasi dahulu rintangan pada 1.05000.
Setelah lonjakan kukuh berjaya dipaparkan, harga akan catatkan paras ketinggian baharu 11 minggu menuju sasaran pada 1.06000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.