US dolar mengekalkan prestasi dagangan yang suram sehingga ke penutup minggu lalu berikutan kebimbangan pelabur terhadap risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) disebabkan isu perang tarif.
Mata wang Euro pula dilihat catatkan sedikit peningkatan berbanding US dolar pada Jumaat lalu walaupun Eropah juga berdepan tekanan tarif oleh Presiden Donald Trump.
Tumpuan pada minggu ini akan terarah kepada mesyuarat FOMC yang terbaru dengan jangkaan kadar faedah masih lagi dikekalkan.
Namun ucapan susulan yang akan disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan memberi petunjuk hala tuju dasar monetari dan juga mempengaruhi pergerakan pasaran.
Mengintai pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada minggu lepas, harga yang menyusur jatuh menuju ke 1.08000 paparkan lonjakan pada Jumaat lalu.
Kenaikan sekitar 80 pips itu dilihat kembali menguji zon 1.09000, namun harga tidak berjaya teruskan ke paras lebih tinggi sebelum berundur sikit sebelum penutup sesi terakhir dagangan minggu tersebut.
Mendatar sekitar 1.08000 di paras pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin), harga bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mencadangkan isyarat bullish.
Namun masih awal untuk pelabur tentukan arah selanjutnya sementara memerhatikan petunjuk-petunjuk penting dalam pasaran.
Sekiranya kenaikan harga berlaku, zon 1.09000 bakal diatasi harga sebelum mencabar ketinggian minggu lepas sekitar 1.09400.
Seterusnya, sasaran terbaru adalah pada 1.10000 untuk dicapai untuk ketinggian terbaru 5 minggu.
Sebaliknya jika harga membuat penurunan, paras sokongan berada pada zon 1.08000 yang hampiri dituju harga minggu lalu.
Jika penurunan menembusi paras itu, akan memberi isyarat lebih jelas untuk pergerakan bearish harga bermula dengan mensasarkan kepada 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK