Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kembali mengulangi ugutan beliau terhadap Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal minggu ini.
Beliau mendakwa tindakan Powell menurunkan kadar faedah di penghujung 2024 lalu adalah berunsurkan politik.
Trump mahukan pemotongan kadar faedah itu dilakukan lebih awal, dan inginkan kadar faedah diturunkan lagi dengan segera.
Ketidakstabilan yang dicetuskan oleh ancaman tersebut mendorong US dolar terus bergerak lemah pada pembukaan dagangan Isnin semalam.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga dimulakan pada pembukaan sesi Asia Isnin semalam selepas harga bergerak mendatar di penutup minggu lepas.
Dari paras sekitar 1.14000, harga telah melonjak naik melepasi 1.15000 dan mencapai ketinggian baharu pada 1.15700.
Mencapai rekod tertinggi terbaru 3 tahun itu, harga mula berundur semula pada dagangan menuju sesi New York semalam untuk perlahan di sekitar zon 1.15000.
Pergerakan harga kekal dengan isyarat bullish menyaksikan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa) meningkat perlahan dari zon 1.15000 dengan jangkaan untuk meneruskan corak pergerakan bullish semalam.
Sasaran untuk kenaikan lanjut harga adalah menuju 1.16000 selepas mengatasi ketinggian yang dicapai semalam.
Namun jika berlaku penurunan semula, harga bakal hampiri zon 1.14000 yang dilihat sebagai zon sokongan semasa buat harga.
Dan jika tembus lebih rendah, isyarat untuk perubahan arah harga membuatkan pelabur bersedia untuk corak penurunan bakal bermula.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK