US dolar menyambung penyusutan nilai lebih ketara pada dagangan pembukaan awal minggu ini setelah bergerak mendatar di penutup minggu lepas.
Susulan itu juga, mata wang Euro dilihat bergerak tinggi berbanding US dolar walaupun pada minggu lalu, bank pusat Eropah (ECB) telah menurunkan kadar faedah pada mesyuarat terbaru.
Presiden ECB Christine Lagarde tidak memberi isyarat untuk langkah polisi selanjutnya, namun menyatakan bahawa unjuran ekonomi Eropah yang kurang jelas berikutan ketidaktentuan yang melanda pasaran global.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan pergerakan perlahan di penghujung minggu lepas di bawah zon rintangan 1.14000.
Tetapi pada sesi Asia pagi ini (Isnin), harga terus membuat lonjakan melepasi rintangan tersebut dan turut mengatasi ketinggian sebelum ini pada 1.14700.
Setakat jam 12 tengahari, paras 1.15300 telah berjaya dicapai menjadikannya rekod tertinggi harga untuk tempoh dagangan 3 tahun.
Dengan momentum tersebut, harga boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi pada sesi-sesi berikutnya dengan sasaran beralih kepada 1.16000.
Namun jika harga berundur semula, zon 1.14000 bakal kembali diuji sebagai zon RBS (resistance become support) terbarunya.
Tidak berjaya untuk melantunkan semula harga, sebaliknya harga menjunam lebih rendah akan mencetuskan isyarat untuk pergerakan bearish harga semula.
Selanjutnya, harga akan kembali semula ke zon support 1.13000 seperti yang diuji pada dagangan minggu lalu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK