Lenovo pada hari semalam telah membuat satu kejutan baru dengan mengumumkan keuntungan suku tahunan sebanyak dua kali ganda dengan nilai $693 juta, jauh melebihi jangkaan pasaran!
Pendapatan syarikat teknologi tersebut juga turut melambung sebanyak 20% mencapai $18.8 bilion, didorong oleh permintaan yang menggila untuk server AI.
Senjata sulit?
AI DeepSeek!
Teknologi AI bajet rendah dari start-up ini kini jadi ‘game-changer’ dalam PC & tablet Lenovo.
CEO Lenovo, Yang Yuanqing, yakin AI PC ini bakal menguasai 80% jualan Lenovo menjelang 2027.
Bahagian server Lenovo juga meletup 59% berbanding tahun lalu, manakala perniagaan perkhidmatan awan naik 12%.
Dengan AI menjadi enjin utama, Lenovo nampaknya bersedia untuk pecut lebih jauh meninggalkan jenama yang setanding dengannya!