Setelah carta pasangan mata wang GBP/USD dibuka rendah 100 pips pada sesi pertama untuk permulaan awal minggu ini, harga kemudiannya telah pamerkan kenaikan harian sekitar 200 pips.
Arah pergerakan harga yang dijangkakan penganalisis mula berubah seiring perkembangan pada isu perang tarif yang sedang memacu pasaran.
Di hujung minggu lalu, situasi tegang susulan pengumuman tarif Presiden Donald Trump ke atas Kanada, Mexico dan China.
Kanada terus mengumumkan tarif balasan pada jumlah sama, 25% ke atas Amerika Syarikat (AS) sebelum pada Isnin semalam Trump bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan tarif dalam tempoh 30 hari.
Suasana berisiko yang kembali mereda semula telah membuatkan US dolar bergerak lemah semula terutama pada sesi Eropah dan New York semalam.
Pound mengambil kesempatan untuk memulih kembali ke paras dagangan minggu lalu setelah memulakan dagangan di awal minggu ini lebih rendah.
Pada carta GBP/USD, harga dibuka sekitar 1.23000 dan susut ke sekitar 1.22500 sebelum kembali mendaki semula melepasi paras 1.23000.
Sehingga bersambung ke sesi New York, harga berjaya capai semula zon tumpuan minggu lalu iaitu pada sekitar 1.24000 dan menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.24500.
Penurunan perlahan harga hampiri zon 1.24000 di awal pembukaan sesi Eropah, namun harga yang berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish.
Jika harga meneruskan pendakiannya semula, rintangan adalah di paras 1.25000 untuk diuji semula seperti pada dagangan minggu lepas.
Melepasi rintangan itu akan mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu menuju sasaran pada 1.26000.
Namun, jika harga kembali membuat penurunan di bawah zon 1.24000 dan menembusi sokongan MA50, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan kejatuhan semula harga.
Sasaran terhampir pada zon 1.23000 atau lebih rendah dari paras yang dicecah harga pada sesi Asia semalam.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.