Carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan pergerakan turun naik ketara selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York semalam.
Sebelum itu, harga bergerak perlahan mendatar di paras sekitar 1.24500 pada sesi-sesi sebelumnya.
Namun selepas data diterbitkan, berlaku pergerakan ketara dengan terjunan yang dipaparkan pada reaksi awal.
Indeks harga pengguna (CPI) AS telah menunjukkan peningkatan bagi bacaan inflasi tahunan pada Januari 2025 ketika pasaran menjangkakan angka kekal seperti sebelumnya.
Ini telah memberi reaksi pengukuhan US dolar, menyaksikan terjunan harga sehingga menembusi paras 1.24000.
Namun, setelah menguji zon tersebut selain garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, harga telah melantun naik semula menuju dagangan penghujung sesi New York.
Kenaikan harga telah mencapai 1.24800 sebelum sedikit berundur menutup dagangan sesi tersebut sekitar 1.24400.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini (Khamis) menyaksikan kenaikan harga diteruskan menuju paras 1.25000.
Jika harga masih diteruskan pada sesi-sesi berikutnya melepasi paras itu, ketinggian pada 1.25500 yang dicapai pada minggu lepas berkemungkinan mampu dicabar semula.
Seterusnya, harga bakal catatkan paras ketinggian baharu dengan sasaran beralih kepada 1.26000 pula.
Namun jika harga gagal kekal corak menaik itu, penurunan boleh berlaku semula.
Paras 1.24000 berkemungkinan bakal dijejaki harga semula sebelum isyarat penurunan lanjut akan diperhatikan.
Untuk sasaran ke paras lebih rendah, 1.23000 dilihat akan menjadi tumpuan harga seterusnya.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.