Carta pasangan mata wang GBP/USD memaparkan kenaikan harga ke paras ketinggian terbaru 9 minggu selepas berjaya keluar dari zon ‘sideway’ sebelum ini.
Jika diperhatikan, harga bergerak mendatar di sekitar zon 1.26000 dari awal minggu setelah kenaikan harga pada minggu lepas berjaya mencapai ke zon tersebut.
Pada Rabu, data inflasi UK telah diterbitkan dengan bacaan lebih tinggi berbanding ramalan, namun Pound tidak berjaya melonjak sebaliknya paparkan penurunan perlahan.
Kenaikan harga akhirnya diperlihatkan pada Khamis semalam selain situasi penyusutan sedang berlaku ke atas mata wang US dolar.
Harga yang berjaya keluar dari zon 1.26000 mencapai ketinggian baharu sekitar 1.26700 di penghujung sesi New York semalam perlahan di sekitar itu pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Kenaikan diteruskan di sesi Eropah setelah data jualan runcit UK pula hadir dengan angka yang melonjak kukuh.
Kadar jualan runcit pada Januari meningkat kepada 1.7% berbanding ramalan 0.4%, yang menyusuli penguncupan -0.6% pada bulan sebelumnya.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan juga Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan yang boleh mempengaruhi pergerakan harga.
Kenaikan harga bakal menguji paras tumpuan pada 1.27000 untuk catatkan ketinggian baharu sebelum sasaran kenaikan selanjutnya adalah pada sekitar 1.28000.
Namun jika berlaku pengunduran semula harga, zon 1.26000 sebelum ini akan kembali menjadi tumpuan semula.
Tetapi jika jatuh di bawah zon 1.26000 boleh mencetuskan isyarat untuk pertukaran trend bearish sebelum penurunan lebih rendah berlaku.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.