Mata wang Pound dan US dolar dipengaruhi oleh laporan data inflasi yang diterbitkan di sesi Eropah dan New York semalam.
Inflasi UK mencatatkan penurunan kepada 2.5% pada Disember, lebih rendah berbanding ramalan untuk kekal pada 2.6%.
Sementara inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Disember tepati ramalan untuk meningkat kepada 2.9% berbanding 2.7% bulan sebelumnya.
Dengan tumpuan yang lebih terarah kepada inflasi AS, pergerakan harga di sesi New York lebih agresif apabila pelabur menghadam petunjuk penting yang mempengaruhi dasar monetari Federal Reserve (Fed).
Carta pasangan mata wang GBP/USD diperhatikan untuk pelabur menilai kesan data yang diterbitkan ke aras pergerakan semasa harga.
Ada penurunan yang dipaparkan di sesi Eropah ketika inflasi UK diterbitkan dengan harga mencecah sekitar 1.21600 sebelum melantun naik semula.
Berlegar di sekitar 1.22000, harga kemudiannya melonjak 100 pips mencapai ketinggian di paras 1.23000 di awal sesi New York reaksi dari data inflasi AS diterbitkan.
Kemudiannya, pengukuhan US dolar telah menekan semula harga jatuh dari paras 1.23000 mencecah semula paras 1.22000 yang menjadi sokongan harga.
Seterusnya, pergerakan harga perlahan menuju penghujung sesi dan bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis), harga perlahan di atas zon 1.22000 itu.
Pergerakan harga yang diperhatikan juga masih meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menunjukkan harga masih bertahan dari kejatuhan.
Sekiranya harga susut di bawah paras 1.22000 setelah melepasi sokongan MA50, isyarat bearish yang dikenal pasti itu akan mendorong penurunan lanjut harga yang dijangkakan menuju paras support awal minggu pada 1.21000.
Namun jika harga melantun semula, rintangan adalah di paras 1.23000 yang dicapai semalam untuk kembali diuji semula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.