Carta pasangan mata wang GBP/USD kembali memaparkan corak menaik harga pada pembukaan dagangan awal minggu semalam, sekaligus membalikkan pergerakan menurun pada penutup minggu lepas.
Mengejutkan pelabur apabila jangkaan untuk US dolar mengukuh di awal minggu meleset menyaksikan mata wang itu ketara melemah bermula di sesi Eropah hingga ke sesi New York semalam.
Harga yang mendatar perlahan di paras 1.26000 pada sesi Asia pagi semalam kemudiannya pamerkan lonjakan kukuh di sesi berikutnya.
Kenaikan harga melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang mencetuskan isyarat perubahan bagi pergerakan bullish buat harga.
Sekitar 140 pips kenaikan harian dicatatkan yang kembali menguji semula zon rintangan 1.27000 yang dicapai pada minggu lepas.
Namun seperti sebelum ini juga, kenaikan harga terbantut sebaik sahaja sampai di kawasan itu dan pergerakan mula perlahan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Sekiranya masih berjaya harga melanjutkan kenaikan untuk mengekalkan momentum semalam, paras ketinggian terbaru 12 minggu bakal dicatatkan.
Sasaran seterusnya untuk harga adalah menuju zon rintangan tumpuan pada Disember lalu iaitu sekitar 1.28000.
Namun jika harga gagal mengatasi 1.27000, penurunan harga boleh berlaku semula seperti situasi pergerakan harga di penutup Februari lalu.
Harga boleh cecah semula ke paras 1.26000 atau lebih rendah dengan isyarat untuk pergerakan bearish semula harga.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK