Carta pasangan mata wang GBP/USD capai paras tertinggi terbaru 10 minggu dengan kenaikan yang dipaparkan pada sesi Asia pagi ini (Isnin).
Harga cemerlang melonjak pada pembukaan awal minggu ini berbanding pengunduran pada dagangan Jumaat lalu.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan diperhatikan pelabur ketika di penutup minggu itu untuk menilai kesan terhadap mata wang Pound dan US dolar.
Selain itu, data jualan runcit UK yang meningkat tinggi berbanding ramalan untuk bulan Januari membuatkan pelabur lebih yakin untuk pergerakan positif Pound.
Beberapa data tumpuan pada minggu ini akan diperhatikan untuk memacu arah harga termasuk data pertumbuhan ekonomi AS dan indeks harga PCE.
Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, penurunan harga di sesi terakhir minggu lalu dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum melantun pada dagangan yang bersambung hari ini.
Harga telah mencapai ketinggian baru di paras 1.26900, namun sebelum sempat menyentuh paras tumpuan 1.27000, harga sedikit berundur perlahan menyambung pembukaan sesi Eropah.
Paras rintangan itu dijangka bakal diuji dan berkemungkinan mampu ditembusi ekoran jangkaan untuk harga mengekalkan corak kenaikannya.
Untuk kenaikan lebih tinggi, sasaran adalah untuk harga menuju pula zon 1.28000 yang merupakan kawasan rintangan diuji pada dagangan Disember lalu.
Jika situasi berubah dan harga mula membuat penurunan, support terhampir harga berada pada 1.26000.
Harga yang menjunam menembusi paras itu bakal mencari support lebih rendah pada sekitar 1.25000 pula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.