US dolar paparkan reaksi positif selepas berakhirnya mesyuarat FOMC awal pagi tadi setelah Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.50%.
Pengerusi Fed Jerome Powell mengulas situasi semasa ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan nada berhati-hati dengan mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat.
Selepas Fed, pasaran kini menunggu pula keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada hari ini (7 petang) dengan jangkaan untuk kadar faedah diturunkan 25 mata asas kepada 4.25%.
US dolar bergerak lemah seketika di sesi Asia pagi ini sementara Pound mula menunjukkan kemerosotan pada sesi Eropah menjelang mesyuarat BOE.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang telah membuat penurunan ke zon 1.33000 selepas berakhirnya mesyuarat FOMC kemudiannya menunjukkan lantunan semula.
Kenaikan harga mencapai sekitar 1.33500 sebelum berundur turun semula setelah menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga ditekan ke bawah 1.33000 dan dilihat menuju ke paras terendah minggu lepas sekitar 1.32600.
Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk dilanjutkan dengan sasaran terhampir adalah pada zon 1.32000.
Isyarat pergerakan bearish yang lebih jelas boleh mendorong penurunan lanjut berdasarkan petunjuk pada mesyuarat polisi terbaru.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi 1.33000, halangan MA50 pula akan cuba untuk ditembusi.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.34000 pula akan menjadi sasaran untuk diuji setelah 2 minggu berturut-turut zon tersebut mengekang kemaraan harga lebih tinggi.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK