Corak bullish harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di pembukaan awal minggu ini ekoran penyusutan US dolar yang berterusan.
Pada penutup dagangan minggu lepas, harga bergerak perlahan menghampiri paras 1.33000 yang merupakan zon rintangan buat harga.
Namun pada sesi Asia pagi ini (Isnin), kenaikan harga diteruskan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut dan menuju ke paras ketinggian baharu sekitar 1.34000.
Penyusutan US dolar yang berterusan semakin membuka ruang untuk peningkatan nilai Pound walaupun data yang diterbitkan menunjukkan tekanan pada ekonomi UK.
Bacaan inflasi UK terbaru pada minggu lepas menunjukkan penurunan dengan jangkaan kadar jualan runcit juga akan hadir dengan bacaan yang merosot pada minggu ini.
Namun Pound berjaya meraih keuntungan ketika US dolar terus melemah dengan tekanan perang tarif global.
Pada carta GBP/USD, harga kekal menunjukkan trend bullish dengan pergerakan di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Kenaikan terbaru harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 bulan yang menghampiri paras ketinggian sebelum ini sekitar 1.34300 pada September 2024 lalu.
Jika corak kenaikan berjaya diteruskan dan turut mengatasi ketinggian itu, harga akan merekodkan paras tertinggi 3 tahun dengan sasaran menuju 1.35000.
Namun jika berlaku pengunduran semula, harga berkemungkinan akan kembali menguji zon sekitar 1.33000 iaitu rintangan yang yang telah berjaya ditembusi pagi ini.
Untuk penurunan lanjut, harga akan kembali menjejaki paras sokongan minggu lalu pada 1.32000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK