Carta harga pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan peningkatan ke paras ketinggian baharu semalam selepas sedikit mengatasi paras yang dicapai pada penghujung minggu lalu.
Harga telah melantun dari paras sekitar 1.24300 hingga melepasi paras rintangan 1.25000 dan mencapai ketinggian baharu 3 minggu sekitar 1.25200.
Namun harga susut semula di bawah 1.25000 itu pada sesi New York semalam ketika US dolar mula paparkan pemulihan dari penyusutan sesi sebelumnya.
Pengukuhan US dolar diteruskan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) menyaksikan harga jatuh ke sekitat 1.24500.
Harga perlahan menyambung dagangan awal sesi Eropah sambil memberi reaksi terhadap garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta GBP/USD untuk petunjuk arah harga selanjutnya.
Jika harga sambung menjunam, paras 1.24000 adalah terhampir yang akan menjadi tumpuan untuk harga uji dengan isyarat bearish buat harga.
Penurunan yang dilanjutkan seterusnya bakal menuju semula 1.23000, paras yang menjadi persinggahan minggu lalu sebelum membuat lantunan kukuh.
Jika penurunan tidak berlaku sebaliknya harga kembali papar pendakian semula, rintangan pada zon 1.25000 perlu ditembusi untuk menyambung corak bullish minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan mensasarkan kepada 1.26000 untuk harga catatkan paras ketinggian baharu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.