Harga petrol RON97 dan diesel akan dikurangkan lapan sen bagi tempoh seminggu dari 8 hingga 14 Mei di Semenanjung Malaysia.
Kementerian Kewangan memaklumkan langkah penurunan harga bahan api itu diambil susulan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Harga runcit RON97 akan turun kepada RM3.10 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM2.80 seliter.
Sementara itu, harga petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada tahap RM2.15 seliter.
Pihak kementerian turut memberitahu penetapan harga runcit produk petroleum itu dibuat secara mingguan dengan menggunakan kaedah formula Penetapan Harga Automatik (APM).
Seterusnya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dan RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak, malah menyokong kestabilan harga.
Kerajaan tekad mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus dipelihara.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!