Kenderaan elektrik (EV) dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi terdapat dua perkara yang menghalang penjualannya meningkat.
Penganalisis RHB Investment Bank, Syahril Hanafiah memberitahu faktor pertama adalah didorong harga mahal berharga RM100,000 terhadap EV jenis import penuh (CBU).
Selain itu, faktor kedua pula susulan kekurangan stesen pengecasan.
Syahril menyatakan tanpa pilihan EV yang lebih mampu milik, pasaran EV tempatan akan kekal kecil dan tidak memberi impak besar kepada jumlah industri keseluruhan.
Menurut laporan Persatuan Automatif Malaysia (MAA), 2.9% TIV pada suku pertama 2025 hanya mencatatkan peningkatan 1% berbanding 2024.
Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendaftaran EV pada suku pertama tahun ini melonjak 46 peratus kepada 6,827 unit.
Sementara itu, model EV paling laris terjual ialah Proton e.Mas 7 dengan 1,738 unit setakat tahun ini.
Syahril berkata TIV Mac meningkat dua peratus tahun ke tahun dan 11 peratus berbanding bulan sebelumnya akibat asas rendah.
Lonjakan TIV disokong penghantaran sebelum Aidilfitri dipacu oleh jenama utama iaitu Honda (31.5%), Toyota (19.6%), Proton (21.7%) dan Perodua (2.9%).
Jumlah pengeluaran industri (TPV) menyaksikan penurunan 5.7% dan susut 13% tahun ke tahun pada Mac.
Pada suku kedua 2025, pengeluaran akan terus menurun akibat penutupan kilang untuk penyelenggaraan semasa musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
RHB Invesment Bank mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif kerana kekurangan faktor yang mampu menaikkan harga jualan kereta.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!