Hamas membebaskan tiga tebusan Israel dan Israel membebaskan 90 tahanan Palestin pada hari Ahad, hari pertama gencatan senjata yang menangguhkan perang selama 15 bulan mengakibatkan kemusnahan Semenanjung Gaza dan konflik Timur Tengah.
Rundingan gencatan senjata itu membolehkan rakyat Palestin kembali ke kawasan perumahan yang telah dibom dan membina semula perumahan mereka.
Ini juga melancarkan semula trak bantuan kepada warga-warga Gaza yang terjejas.
Kemeriahan sambutan gencatan senjata diiringi dengan bas yang membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah dengan ribuan rakyat menunggu kedatangan mereka.
Menurut Hamas, Israel membebaskan seramai 69 wanita dan 21 remaja lelaki yang merupakan penduduk dari Baitulmaqdis dan Tebing Barat Gaza.
Di Tel Aviv, ratusan warga Israel menyambut kepulangan tiga tebusan wanita di luar ibu pejabat pertahanan sambil diawasi oleh beberapa orang pejuang Hamas.
Menurut pegawai perubatan, lebih daripada 47,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak konflik tercetus oleh serangan Israel dan hampir 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Fasa pertama gencatan senjata berkuat kuasa berikutan penangguhan selama tiga jam di mana pesawat pejuang dan artileri Israel menyerang Semenanjung Gaza.
Serangan tersebut telah membunuh 13 orang dan Israel menyalahkan Hamas kerana lambat menghantar nama tebusan yang akan dibebaskan.
Presiden AS, Joe Biden pada hari terakhir pentadbirannya berkata perang di Gaza telah mereda. Beliau mengalu-alukan rundingan gencatan senjata yang telah berlanjutan selama lebih setahun. – Reuters