Projek India-Middle East-Europe Economic Corridor (IMEC), digelar “Laluan Rempah Baru”, kembali menjadi tumpuan susulan perang perdagangan AS-China dan kemunculan semula Donald Trump ke White House.
Dilancarkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak G20 2023 di Delhi, IMEC dibina bertujuan memintas Terusan Suez dengan menghubungkan India ke Eropah melalui Teluk dan Israel.
Namun, projek ini pernah terhenti akibat pergolakan politik dan ketidaktentuan perdagangan global. Kini, kerana politik juga, ia diberi nafas baharu—demi kestabilan ekonomi dan akses pantas ke pasaran dunia.
Kedudukan India yang lebih hampir ke Eropah dan krisis kepercayaan terhadap China menjadikan IMEC aset penting. Bagi EU, ia peluang memendekkan masa penghantaran dan mengurangkan kebergantungan terhadap Beijing.
Pakar mengingatkan, IMEC bukan pesaing Jalur dan Laluan China, sebaliknya strategi serantau yang meletakkan India sebagai tunjang masa depan ekonomi Eropah.
Bukan sahaja EU tertarik kepada India, Amerika Syarikat juga tidak mahu ketinggalan dengan kunjungan Naib Presiden JD Vance ke India baru-baru ini yang memberi isyarat jelas bahawa Washington bersedia memperkuat pakatan strategik dan menjadikan IMEC sebagai senjata baharu dalam persaingan global.
Ketika kuasa besar berlumba menawan laluan perdagangan baru, anda juga patut rebut peluang untuk kuasai laluan kewangan sendiri.
Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. KLIK LINK UNTUK MULA BERSAMA H24H!