Amlnvestment Bank Research meramalkan sektor sarung tangan tidak memiliki kekuatan untuk menampung jumlah stok bekalan yang banyak.
Pelaksanaan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas produk sarung tangan China tidak memberi sebarang manfaat kepada industri tempatan dalam menanggung lebihan produk.
Firma tersebut juga mengulangi semula penarafan “underweight” sektor tersebut kerana tarif Trump tidak memberikan kesan ketara kepada pengilang China meskipun dianggap positif.
Seterusnya, Amlnvestment tetap berwaspada terhadap masa depan industri sarung tangan tempatan terutamanya melibatkan faktor bekalan dan inflasi kos.
Amlnvestment mengekalkan saranan underweight ke atas Top Glove (TP 68 sen), Kossan (TP RM1.60) dan Hartalega (TP RM2.30).
Secara keseluruhan, pasaran AS dijangka menghadapi tekanan harga jangka panjang akibat tarif ke atas produk China.