Tumpuan terarah kepada laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru di sesi New York semalam yang menunjukkan bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan telah menurun kepada 2.3% untuk April berbanding jangkaan untuk kekal pada 2.4%.
Bacaan untuk data bulanan dan teras baik berbanding sebelumnya, namun tidak mencapai angka ramalan.
US dolar kembali bergerak lemah semula susulan reaksi data yang menjadi petunjuk penting bank pusat itu diterbitkan, mengurangkan semula keuntungan yang diraih di pembukaan awal minggu.
US dolar telah paparkan pengukuhan ketara pada Isnin lalu berikutan sentimen pasaran risk-on yang didorong oleh keputusan positif rundingan dagang antara AS dan China di hujung minggu.
Kedua-duanya bersetuju untuk “total reset” dan mengurangkan tarif ke atas barangan import masing-masing selama 90 hari.
Tarif AS ke atas China yang dikenakan setinggi 145% sebelum ini telah diturunkan kepada 30%, manakala tarif China ke atas AS sebanyak 125% diturunkan kepada 10%.
Presiden AS Donald Trump menyifatkan hubungan antara dua negara itu adalah sangat baik dan beliau tidak melihat tarif AS ke atas barangan import China akan kembali kepada 145% semula selepas penangguhan tersebut.
Ketegangan perang tarif sebelum ini telah memulihkan suasana pasaran global, mengangkat semula pasaran AS dengan saham-saham di Wall Street juga melonjak susulan perjanjian damai itu.
Mata wang utama lain pula menunjukkan pemulihan kembali setelah kejatuhan di awal minggu ketika US dolar alami penyusutan semula.
Pelabur perlu kekal berhati-hati dengan pergerakan turun naik pasaran yang sedang dipengaruhi sentimen pasaran dan data-data ekonomi tumpuan.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.