“Happy New Year 2025 buat semua pembaca INTRADAY.my! Selepas dunia pasaran dikejutkan dengan pelbagai pergolakan sepanjang 2024, admin harap korang semua tetap chill dan reset balik mindset supaya kita menempuhi tahun baharu dengan lebih bermakna.”
Baiklah, jom kita recap semula artikel-artikel yang paling mendapat perhatian pada tahun 2024 dalam kalangan para pembaca setia INTRADAY.my!
1. Bakal Dimansuhkan: Bye-Bye Subsidi Minyak Masak Paket
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menganggap situasi ini telah menjadi satu pembaziran besar dengan kerajaan menanggung kos jutaan ringgit setiap bulan.
The question is, is this a solution step or just transferring the financial burden to the people?
Artikel ini disiarkan pada 18 November 2024.
2. Individu Pendapatan RM100,000 Ke Atas Bakal Kena Cukai Lebih 20%!Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengumumkan pengenaan cukai sebanyak 20% dan lebih lagi kepada individu berpendapatan lebih RM100,000 bermula tahun hadapan.
Beliau menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan golongan berkemampuan menyumbang kepada hasil negara.
Artikel tersebut telah disiarkan pada 14 November 2024.
3. Giliran Tentera Laut Rusia Masuk Malaysia Selepas China
Tiga kapal tentera laut Rusia dari armada Pasifik membuat lawatan penting ke Pulau Pinang, Malaysia seperti yang disahkan oleh Menteri Pertahanan Khaled Nordin.
The presence of the Russian navy highlights a long-standing naval tradition of honoring historic events, while strengthening diplomatic ties through defense-related cooperation.
Artikel tersebut diterbitkan pada tanggal 15 Oktober 2024.
4. BHP Bakal Kena Saman AS$47 Billion
BHP sedang menghadapi salah satu tuntutan undang-undang terbesar dalam sejarah perundangan Inggeris, dengan pihak yang terkesan menuntut ganti rugi sehingga $47 bilion akibat bencana empangan Mariana 2015 yang runtuh di Brazil.
Bencana tersebut berlaku apabila empangan yang dimiliki oleh usaha sama BHP dan Vale’s Samarco, melepaskan aliran sisa perlombongan toksik yang memusnahkan komuniti, membunuh 19 orang dan mencemarkan Sungai Doce.
Artikel tersebut meraih perhatian ramai pada 21 Oktober 2024.
5. Judge Recuses From 1MDB Case, Rosmah Free From RM1.62B Lawsuit?Datin Seri Rosmah Mansor berjaya meyakinkan seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk menarik diri daripada mendengar saman sivil yang difailkan 1MDB dengan tuntutan RM1.62 billion.
Perkembangan ini menambah lagi drama dalam skandal 1MDB yang masih berlarutan dalam masyarakat.
Artikel tersebut disiarkan pada 21 November 2024.
6. “True Promise II” Musnahkan Banyak Jet F-35 Berharga Israel
Iran's operation "True Promise II" dealt a great blow to the Israeli military, in particular, the majority of the valuable F-35 fighter jets were allegedly successfully destroyed.
On October 1, 2024, Iran launched more than 200 ballistic missiles aimed at Israeli air bases, including Nevatim, which houses advanced F-35s.
Artikel mula diterbitkan pada 11 Oktober 2024.
7. Taikun Minyak Singapura Bankrap, 20 Bank Tanggung Hutang Besar
Syarikat perdagangan minyak yang diasaskan oleh Lim Oon Kuin, yang lebih dikenali sebagai “OK Lim,” telah diisytiharkan muflis secara rasmi di Singapura.
Pertuduhan terhadap Hin Leong dibuat kerana beliau disyaki menyembunyikan kerugian lebih $800 juta, menyebabkan lebih daripada 20 bank mempunyai hutang yang besar.
Artikel itu disiarkan pada 30 Disember 2024.
“Fuh! Banyak betul berita isu semasa yang meletup sepanjang 2024. Terima kasih kerana setia menjadi pembaca INTRADAY.my dan teruskan bersama kami sepanjang 2025!”