Memulakan gambaran awal untuk kesihatan sektor buruh di Amerika Syarikat (AS), data JOLTS menjadi komponen tumpuan terawal yang diterbitkan pada sesi New York semalam.
Lebih rendah dari yang dijangkakan, jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di AS pada Mac lalu perlahan pada 7.19 juta berbanding angka ramalan 7.49 juta.
Data keyakinan pengguna AS yang diterbitkan bersama juga turut hadir dengan bacaan yang merosot bagi tinjaun untuk bulan April ini.
Pergerakan pasaran suram dengan dagangan mata wang US dolar mendatar ketika pelabur tambah berhati-hati setelah ‘amaran’ awal dari data JOLTS tersebut.
Ini berikutan gelora baru sahaja hendak bermula dengan beberapa lagi data-data penting akan diterbitkan hari ini (Rabu) yang menjadi petunjuk penting buat Federal Reserve (Fed).
Di sesi New York malam nanti, data ADP bakal diterbitkan yang mengukur pertambahan pekerjaan swasta di AS.
Jangkaan pertambahan terbaru akan kembali perlahan sekitar 114,000 selepas peningkatan 155,000 pada bulan Mac lalu.
Diterbitkan bersama, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan diperhatikan untuk penilaian terhadap pertumbuhan ekonomi AS pada suku pertama 2025.
Turut akan menyusul data indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan penggunaan peribadi AS yang merupakan salah satu indikator inflasi kegemaran Fed.
Selepas data-data tersebut pada malam ini, pasaran akan bersedia pula menantikan data tumpuan utama minggu ini iaitu laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat nanti.
Selain memerhatikan data ekonomi, pelabur juga perlu terus memantau perkembangan isu-isu semasa dalam pasaran khususnya berkenaan tarif yang boleh mempengaruhi perubahan sentimen.
Penting untuk fahami data-data tumpuan pasaran yang diterbitkan setiap hari. Tapi ramai lagi yang keliru dan ada juga yang masih tak faham cara baca angka data dengan betul. Kalau nak belajar secara detail cara baca data macam dekat forex factory tu, sertai program HUSTLE24HOUR yang kini dibuka untuk kemasukan ahli baru. Jangan lambat-lambat, terus daftar! KLIK LINK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR FAMILIA!