Syarikat milik Elon Musk, Tesla Inc mengejutkan dunia apabila mengumumkan tidak akan lagi menjual kereta elektrik baharu di California meskipun negeri berkenaan menyumbang satu pertiga pembelian.
Bahagian jualan kenderaan elektrik (EV) mengalami kejatuhan 43.9% berbanding 55.5% tahun lalu menurut pengedar di California.
Walaupun jualan Tesla di California menurun 15%, namun jualan EV lain secara keseluruhan meningkat 35% pada awal tahun ini.
Antara faktor penurunan yang berlaku kepada saham pasaran BEV Tesla adalah disebabkan oleh deretan produk lama kekal di pasaran, persaingan yang semakin sengit dan tindak balas politik Elon Musk.
Selain itu, pengguna AS juga sedang bergegas untuk membeli kereta keluaran Tesla sebelum tarif auto Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaksanakan.
Keadaan itu tidak sedikitpun membuatkan statistik jualan Tesla pada suku tersebut meningkat tetapi sebaliknya mengakibatkan kejatuhan melibatkan keuntungan perniagaan.
Kesimpulannya, pasaran EV di California yang berpangkalan di Silicon Valley sebelum berpindah ke Austin pada 2021 memainkan peranan penting dalam menyumbangkan 31.1% daripada jumlah pembelian tahun lalu.