Kebakaran hutan yang mengakibatkan kemusnahan di kawasan Los Angeles boleh menjadi kebakaran paling mahal dalam sejarah AS.
Kerugian yang ditanggung daripada kebakaran mungkin bakal diinsuranskan melebihi $20 billion berdasarkan anggaran JPMorgan.
Kerugian tersebut jauh melebihi $12.5 billion pada bencana Camp Fire 2018 yang merekodkan termahal dalam sejarah negara tersebut buat masa ini.
Lima kebakaran hutan yang didorong oleh keadaan kering dan angin kencang telah membakar 29,000 ekar tanah di sekitar Los Angeles sejak Selasa dengan dua kawasan terbesar iaitu Palisades dan Eaton yang masih tidak dapat dikawal sepenuhnya.
Menurut penganalisis JPMorgan, Jimmy Bhullar berkata kebakaran belum dapat dikawal setakat ini dan terus merebak, membayangkan bahawa anggaran potensi kerugian ekonomi dan kadar yang akan diinsuranskan mungkin meningkat.
Sheriff LA County dalam laporannya menyebut hampir 180,000 orang kekal di bawah arahan pemindahan dan jumlah kematian akibat kebakaran tidak diketahui
Kebakaran Palisades adalah yang terbesar daripada lima kebakaran. Ia telah membakar lebih daripada 17,000 ekar, memusnahkan lebih 1,000 struktur.
Anggaran kerugian ekonomi akibat kebakaran hutan meningkat lebih dua kali ganda kepada hampir $50 billion dan akan meningkat $57 billion pada masa terdekat.