Sektor peruncitan Amerika Syarikat (AS) kini sedang bersiap sedia menyusun strategi untuk kenaikan tarif terbaharu Trump yang terus meningkat sehingga 145% terhadap barangan dari China.
Sektor itu ibarat dilanda taufan selepas banyak barang-barang kini berada dalam zon mencemaskan apabila stoknya semakin berkurangan berpunca daripada penghantaran kargo yang merosot sejak April sebanyak 60%.
Syarikat gergasi peruncitan seperti Walmart dan Target mulai memberi amaran mengenai kemungkinan rak kosong dan kenaikan harga yang akan dikenakan dalam masa yang terdekat berpunca dari kemelut tarif yang sedang melanda.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan amaran dari Torsten Slok, ketua ekonomi di Apollo Management, menyatakan bahawa ini mungkin menjadi titik tolak kepada keruntuhan penuh rantaian bekalan yang kesannya boleh mencetuskan kehilangan pekerjaan dalam sektor logistik, peruncitan, dan lebih lagi.
Walaupun ada tanda bahawa tarif mungkin dilonggarkan, kerosakan mungkin sudah terlalu besar.
Sekiranya keadaan ini berlarutan, pakar tidak menolak kemungkinan ekonomi AS bakal berdepan kemelesetan lebih awal daripada yang dijangka.
Di sebalik kekacauan ini, sebenarnya ada pihak yang melihat peluang besar untuk menjana keuntungan. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24 HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran bukan sekadar berita, tetapi peluang emas. Jika anda mahu dibimbing untuk mengenal pasti peluang tersembunyi di sebalik krisis ini, sertai HUSTLE24HOUR sekarang!