Kerajaan mengekalkan harga beras putih tempatan pada RM2.60 sekilogram, dengan suntikan dana RM150 juta untuk menampung kos pengeluaran selama enam bulan.
Lepas tu, apa jadi?
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan reformasi penuh akan mengambil setahun, dengan pengumuman lanjut dijangka bakal diumumkan pada pertengahan tahun ini.
Bersama dengan langkah ini, harga lantai padi juga dinaikkan kepada RM1,500 per tan metrik mulai 16 Februari, seiring dengan kenaikan kos baja dan buruh.
Kerajaan juga sedang berunding untuk memasukkan pengusaha industri padi dan beras ke dalam subsidi diesel Budi Madani.
Tapi cukup ke ni? Enam bulan dari sekarang, adakah harga kekal stabil atau pengguna bakal berdepan kejutan baru?