Malaysia dan negara Afrika Timur, Kenya telah mengadakan pertemuan perdagangan dua hala selepas kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuh kerjasama mengeksport minyak sawit Malaysia ke negara Afrika itu.
Perjanjian itu dimeterai selepas Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama delegasi Malaysia mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kenya, Lee Kinyanjui.
Kedua-dua ahli politik berkenaan juga merancang untuk membuka pusat pemprosesan minyak sawit negara di Mombasa Industrial Park, Kenya.
Johari memaklumkan perbincangan itu turut menyentuh potensi perluasan pasaran sawit Malaysia ke negara-negara Afrika Timur lain seperti Uganda dan Tanzania yang kini menunjukkan permintaan yang menggalakkan.
Johari menyatakan pada tahun 2024, produk sawit dan minyak sawit berjaya menyumbang hampir 95 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke Kenya dengan nilai sebanyak RM5.2 bilion.
Beliau turut mengulas kenyataan tersebut telah berjaya membuktikan potensi besar minyak sawit di pasaran rantau itu.
Kerajaan Kenya menyuarakan minat untuk menjadikan Mombasa sebagai hab pemprosesan minyak sawit serantau yang berpotensi meningkat jumlah dagangan dan meluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Ramai yang ikut perkembangan isu tarif, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!