Keyfield Ventures (Labuan) Ltd (KVL) telah menandatangani perjanjian dengan Taizhou Sanfu Ship Engineering Co Ltd untuk membeli kapal tunda sepanjang 98 meter yang dilengkapi Sistem Kedudukan Dinamik Tahap 2 (DP2).
Kapal tunda tersebut akan dinamakan semula sebagai Keyfield Blessing (KBlessing) dan akan disewakan pada harga AS$20.55 juta (RM90.8 juta) selama setahun.
Sementara itu, KVL juga mengadakan perjanjian dengan syarikat Deijing Group Co Ltd untuk menyewa sebuah kapal tanpa kru selama tempoh setahun.
Kemudiannya pula, kapal itu akan digerakkan ke Arab Saudi untuk projek baharu sebelum dihantar semula kepada Malaysia.
Matlamat utama perjanjian ini adalah untuk mempelbagaikan strategi perniagaan, mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas serta berperanan mengembangkan operasi syarikat.
Sepanjang tempoh sewaan tanpa kru, Deijing akan menanggung semua kos operasi kapal, manakala KVL hanya menanggung kos insurans.