[Sponsored Article]
Pasaran kewangan global kembali bergoncang apabila semakin ramai pelabur mula ragu-ragu dengan daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Lebih mengejutkan, buat pertama kali dalam lebih sedekad, aset-aset yang sebelum ini dianggap sebagai ‘pelaburan selamat’ turut goyah.
Harga minyak merudum ke paras terendah dalam empat tahun, sekali gus memberi isyarat permintaan global yang semakin lemah dan membayangkan risiko kemelesetan ekonomi.
Ini bukan lagi sekadar kisah tarif atau mata wang. Kita kini sedang menyaksikan gabungan kejutan makro daripada pelarian modal, ketegangan geopolitik sehinggalah kepada krisis kepercayaan terhadap dasar fiskal AS yang berlaku serentak.
Bon AS Di Tengah Ribut Ketidaktentuan
Pasaran Perbendaharaan AS, yang selama ini dianggap sebagai “standard emas” keselamatan pelabur, kini semakin tertekan.
Pelabur mula mempersoalkan sama ada hutang kerajaan AS masih mampan, terutama dengan kemungkinan penjualan besar-besaran oleh pelabur asing dan tindakan balas negara-negara yang menjadi sasaran tarif.
Bon Perbendaharaan dua tahun yang biasanya sensitif terhadap perubahan dasar monetari menunjukkan prestasi agak kukuh berikutan jangkaan bahawa Federal Reserve bakal menurunkan kadar faedah untuk mengelak kemelesetan.
Namun dalam masa yang sama, bon jangka panjang menunjukkan kegusaran pasaran. Volatiliti dalam pasaran bon meningkat mendadak didorong spekulasi bahawa hedge fund mungkin mula melupuskan posisi berleveraj, dan bank pusat asing sedang mengurangkan pendedahan terhadap hutang AS.
Dolar Kian Lemah, Yen Jepun Jadi Pilihan Pelabur
Indeks Dolar AS mencatatkan kejatuhan dua hari berturut-turut, dengan mata wang itu lemah berbanding kesemua mata wang utama G-10.
Perubahan ini mencerminkan peralihan sentimen pasaran dolar yang sebelum ini menjadi aset perlindungan ketika krisis, kini semakin hilang daya tarikan akibat ketidaktentuan politik dan kepercayaan luaran yang semakin merosot.
Sebaliknya, Yen Jepun mencuri tumpuan sebagai aset selamat pilihan, dengan prestasi kukuh berikutan aliran modal yang beralih ke arah aset yang kurang terdedah kepada risiko dasar AS.
Regim Tarif Trump Gugat Keseimbangan Perdagangan Global
Pelaksanaan penuh tarif balas oleh Presiden Donald Trump telah mengubah landskap ekonomi dunia.
Usaha “White House” untuk menyusun semula sistem perdagangan global kini memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan, keuntungan korporat dan aliran modal.
Penganalisis memberi amaran bahawa pendekatan perdagangan agresif ini boleh mencetuskan kemelesetan global yang lebih dalam jika dibiarkan berterusan.
Walaupun pasaran masih berfungsi dan tiada tanda ketara masalah pembiayaan jangka pendek, skala dan kepantasan aliran semula aset dalam pasaran saham, bon dan komoditi jelas menunjukkan tekanan pasaran yang semakin meningkat.
Meja perdagangan institusi kini giat memantau aliran kecairan pasaran bagi mengesan sebarang tanda keretakan sistemik.
Apa Maknanya Untuk Pedagang?
–Bon AS bukan lagi “kalis peluru”
Harga bon kini tidak hanya mencerminkan jangkaan kadar faedah, tapi juga risiko geopolitik dan fiskal.
–Dolar AS terus ditekan
Keyakinan pelabur semakin pudar, manakala tekanan fiskal mula menjejaskan status dolar sebagai mata wang selamat.
–Yen semakin digemari
Ketidaktentuan global dan perbezaan dasar bank pusat meningkatkan permintaan terhadap yen Jepun.
–Fed dalam dilema
Bank pusat AS tersepit antara keperluan menyokong pertumbuhan dan menangani inflasi yang diimport melalui tarif.
–Volatiliti bukan fenomena sementara
Perubahan struktur dalam aliran modal global dijangka berterusan. Pedagang perlu lebih tangkas dan fleksibel.
Saracen Markets: Sentiasa Peka, Cepat Bertindak
Kami di Saracen Markets mengesyorkan agar semua pelanggan memantau rapat korelasi rentas aset dan nilai volatiliti.
Dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu seperti sekarang, kejayaan bergantung kepada akses maklumat yang pantas, posisi perdagangan yang berdisiplin, dan pengurusan risiko yang cekap.
Secara ringkasnya, ini bukan masa untuk leka. Tetapi Ini masa untuk bersedia.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE