Malaysia dan negara matahari terbit, Jepun mengadakan perbincangan kerjasama ekonomi meliputi pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif dalam situasi global yang tidak menentu.
Pertemuan dua negara berkenaan melibatkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto kelmarin.
Kedua-dua ahli politik terkenal itu juga membahas kaedah terbaik dalam mendepani cabaran ekonomi dunia yang semakin meluas.
Zafrul menegaskan Malaysia dan Jepun perlu bersatu, berkongsi kepakaran untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dengan penyelesaian yang adil dan berkesan.
Kenyataan terbabit menyeru kedua-dua negara bekerjasama dalam menghadapi situasi serantau dengan semangat kerjasama strategik.
Konklusinya, pertemuan kedua-dua pihak turut mengulas cabaran perdagangan global khususnya perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Republik China.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI