Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham) menjangkakan Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi pelabur terbesar di Malaysia mengikut trend positif masa kini.
Ketua Pegawai Eksekutif AmCham, Datuk Siobhan Das memberitahu potensi itu diteliti berdasarkan kepada trend dalam tempoh masa lima tahun meskipun dunia terjejas isu tarif AS-China.
Antara faktor ramai pelabur AS tertarik melabur di negara ini disokong daya tarikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan dalam beberapa tahun ini semakin baik dan berkembang pesat.
Siobhan mengulas di sebalik ketegangan perang tarif AS dan China, ia memberi faedah kepada negara dengan jumlah pelaburan besar dan memastikan AS menjadi pelabur terbesar di Malaysia.
Menurut laporan Prestasi Perdagangan Malaysia, pada 2024 trend perdagangan Malaysia-AS mengalami peningkatan kira-kira 29.9% berbanding tahun-tahun terdahulu.
Peratusan itu disokong dengan pembukaan lebih 600 syarikat AS yang telah beroperasi di Malaysia.
Pada tahun 2024, jumlah urus niaga Malaysia mencatatkan rekod tertinggi sejumlah 23.2% kepada RM198.65 bilion dengan statistik 11.3% telah disumbangkan oleh pelabur AS.
Siobhan menambah syarikat AS yang melabur di Malaysia kebanyakannya berasaskan kepada sektor aeroangkasa, bahan kimia, teknologi perubatan dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Secara ringkasnya, AmCham memiliki kebolehan mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai kadar pelaburan kepada pengguna Malaysia sekaligus bekerjasama baik dengan pihak kerajaan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!