Perkembangan positif perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China berjaya meredakan ketegangan dalam pasaran dengan isyarat untuk rundingan diadakan.
Situasi itu juga telah menyelamatkan mata wang US dolar daripada alami kejatuhan berikutan data-data ekonomi AS yang diterbitkan pada Rabu lalu hadir dengan bacaan yang merosot.
Isyarat kurang baik untuk sektor buruh menjelang laporan NFP malam ini berikutan laporan data ADP menunjukkan pertambahan pekerjaan swasta lemah pada 62,000 sahaja untuk April, menyusuli data JOLTS yang perlahan diterbitkan pada Selasa sebelumnya.
Lebih menambahkan kebimbangan apabila pertumbuhan ekonomi AS catatkan penguncupan 0.3% untuk suku pertama 2025 yang membuktikan kesan buruk tarif dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump.
US dolar mengekalkan pengukuhan pada dagangan sesi New York Khamis semalam, namun pelabur waspada menjelang laporan pekerjaan NFP hari ini.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah membuat penurunan hingga ke zon support 1.13000 ketika US dolar berjaya menyerap tekanan data-data yang merosot.
Harga sedikit melantun setelah menyentuh paras 1.12700 untuk kembali berlegar di sekitar 1.13000 semula pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu yang menunjukkan isyarat bearish.
Sekiranya corak penurunan dilanjutkan dari zon 1.13000, harga boleh menuju pula ke paras 1.12000 sebagai paras tumpuan berikutnya.
Namun jika laporan NFP memberi kesan positif yang ketara terhadap US dolar, harga berisiko jatuh lebih rendah dan berkemungkinan boleh mencecah hingga sekitar zon 1.11000.
Sebaliknya, situasi akan berubah jika US dolar kembali hilang kekuatannya dan harga bakal melantun naik lebih tinggi pada penutup dagangan minggu ini.
Dari zon 1.13000, kenaikan harga bakal menguji kembali zon rintangan pada 1.14000 seperti corak dagangan di awal minggu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK