Tesla jatuh terduduk lagi!
Saham syarikat gergasi EV ini terus menjunam sebanyak 8.4% semalam, menghakis $1 trillion dari pasaran selepas laporan jualan di Eropah merudum 45% dalam sebulan.
Tapi bukan itu sahaja, Elon Musk yang sibuk berpolitik juga makin menyesakkan nafas syarikatnya.
Selepas memihak kepada Trump dan menyokong pemimpin sayap kanan Eropah, Musk kini berdepan boikot senyap dari pelanggan di Jerman dan negara lain.
Penganalisis Wedbush Securities, Dan Ives, berpandangan bahawa pelanggan di Eropah kurang gemar drama politik, terutama apabila CEO Tesla terus meletakkan dirinya di ‘spotlight’ tersebut.
Keadaan Tesla makin terhimpit dengan persaingan sengit dari BYD di China, yang kini melancarkan teknologi pemanduan sendiri hampir untuk semua modelnya.
Penganalisis Wall Street menyifatkan kejatuhan ini sebagai “wake-up call” buat Tesla, dengan sesetengah pelabur mula mempertimbangkan semula pegangan saham mereka.
Dengan imej Musk yang makin tercalar dan jualan kian merosot, Tesla mungkin perlu lebih dari sekadar ‘update’ software untuk selamatkan diri.