Ontario bertindak untuk menaikkan suhu dalam perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Kanada dengan mengenakan bayaran tambahan atau surcaj sebanyak 25% ke atas eksport elektrik ke AS.
Langkah ini, sebagai tindak balas kepada tarif agresif Trump dan akan menjejaskan 1.5 juta rumah di New York, Michigan, dan Minnesota – membakar poket rakyat AS dengan kenaikan bil yang mencengkam.
Perdana Menteri Ontario, Doug Ford, menyifatkan tarif Trump sebagai “bencana untuk ekonomi AS”, berikrar bahawa Ontario tidak akan tunduk.
Hasil tambahan dari surcaj ini?
Ia akan disalurkan terus kepada pekerja dan perniagaan Kanada yang terjejas akibat dasar perdagangan AS.
Sementara itu, pelabur panik, pasaran kewangan bergoncang.
S&P 500 jatuh, dan Trump yang sebelum ini bangga dengan ekonomi AS kini mengakui bahawa tarif boleh mencetuskan “tempoh peralihan”.
Dalam bahasa mudah? Risiko kemelesetan semakin nyata.
Siapa yang akan tunduk dahulu, Trump atau Kanada? Atau adakah rakyat Amerika yang akhirnya akan membayar harga sebenar?