Selepas lebih dua dekad mengawal pintu masuk Terusan Panama, syarikat Hong Kong CK Hutchison akhirnya menjual pegangannya kepada konsortium yang diketuai firma pelaburan gergasi Amerika, BlackRock.
Nilai perjanjian?
Hanya $22.8 bilion.
Tidak sampai $23 bilion pun. Berbaloi atau ada agenda lain?
Langkah ini muncul di tengah ketegangan geopolitik, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berulang kali mendakwa China mengawal laluan perdagangan penting itu dan menuntut AS mengambil semula kawalannya.
Panama, bagaimanapun, menegaskan bahawa terusan sepanjang 82km itu tetap akan kekal di bawah kedaulatannya.
Perjanjian ini melibatkan 43 pelabuhan di 23 negara, termasuk dua terminal di Panama yang sejak sekian lama menjadi nadi perdagangan global.
CK Hutchison mendakwa ini sekadar urusan perniagaan biasa. Tetapi dengan AS semakin agresif terhadap China, adakah ini hanya transaksi komersial atau permulaan pergelutan kuasa yang lebih besar?