BIMB Securities memaklumkan Malaysia mungkin kerugian RM730 juta pada Mei 2025 akibat penangguhan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Selain itu, unjuran harga minyak global lebih rendah dihitungkan menjejaskan hasil sasaran kerajaan persekutuan sebanyak RM339.7 bilion pada 2025.
Hasil kutipan tahun ini diramalkan menjadi susut sebanyak RM336.9 bilion disebabkan faktor pendapatan yang tidak berubah.
BIMB juga memberitahu penangguhan SST dijangka memberikan kesan jangka pendek kepada perbelanjaan rakyat pada Mei.
SST diperkira menjana RM5 bilion, namun pelaksanaannya pada 1 Mei terpaksa dijadualkan semula pada tarikh baharu iaitu 1 Jun.
Pelan itu melibatkan kenaikan cukai jualan bagi barangan bukan keperluan seperti salmon, dan peluasan cukai perkhidmatan kepada transaksi perniagaan khususnya sokongan berasaskan yuran.
Kerajaan turut bimbang kejatuhan harga minyak global kerana setiap penurunan satu dolar Amerika Syarikat (AS) boleh melemahkan hasil fiskal Malaysia sehingga RM350.
Harga minyak lebih rendah boleh menyusutkan perbelanjaan operasi kerana bil subsidi bahan api mengecil, dan kerajaan merancang subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2025.
Konklusinya, peluasan SST dan penurunan harga minyak diramalkan akan menambah baik defisit fiskal kepada 3.76% berbanding sasaran asal kerajaan sebanyak 3.8%.
Pasaran bergerak semakin pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!