Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tawaran sebanyak $1,000 (RM4,231) kepada mana-mana pendatang asing yang bersetuju untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
Presiden AS Donald Trump memutuskan untuk melaksanakan inisiatif berikut disebabkan kaedah itu disifatkan lebih murah, selamat dan berkesan kepada pendatang tanpa izin.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) memberitahu pendatang asing yang mahu pulang akan diberikan wang tunai dan bantuan perjalanan sekiranya menggunakan aplikasi Custom and Border Protection (CBP).
Selain itu, pembayaran akan dikenakan semula selepas kepulangan mereka disahkan menerusi aplikasi itu.
Setiausaha DHS Kristi Noem menyatakan kepulangan warga asing secara sukarela ke negara asal merupakan satu cara selamat untuk meninggalkan AS dan membantu pendatang haram daripada ditahan.
Noem memberitahu strategi pulang secara sukarela bukan sahaja lebih bermaruah malah membolehkan komuniti migran mengelak dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).
Noem mengutarakan dengan jutaan warga negara asing menetap di AS, langkah ini berperanan mengurangkan kos pengusiran pendatang haram secara ketara dengan merekodkan lebih dua pertiga daripada kos biasa.
Secara purata, kos penahanan, pemprosesan dan penghantaran seorang migran ke negara asal mencecah harga $17,121 (RM7,239).
Beliau turut mengulas strategi terbabit mampu menjimatkan kira-kira 70 peratus kos cukai Amerika dan pilihan paling selamat kepada pihak berkuasa dan pendatang asing yang mahu pulang.
Secara keseluruhan, program itu berkemungkinan membantu warga negara asing untuk kembali ke AS secara sah pada masa hadapan.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!