Perdana Menteri Kanada, Mark Carney telah menyatakan kesediaan untuk membuat rundingan dengan White House susulan rancangan Presiden Donald Trump yang ingin mengenakan tarif baru ke atas kereta import.
Beliau telah mengesahkan bahawa pegawainya berhubung dengan wakil dari Amerika Syarikat (AS) mengenai kebimbangan potensi tarif.
Tarif baru Trump ke atas kereta import dijangka akan memberi kesan yang buruk kepada Kanada terutamanya terhadap sektor pembuatan memandangkan kos pembuatan kereta daripada negara tersebut lebih mahal yang mendorong kepada penjualan yang rendah.
Hal ini juga akan memberi kesan terhadap pekerjaan yang menyebabkan ramai orang berisiko untuk hilang kerja dan mendorong kepada ekonomi yang perlahan.
Carney juga menegaskan pendiriannya untuk menolak cadangan oleh Trump yang ingin Kanada menjadi sebahagian daripada AS.
Walau bagaimanapun, Kanada telah memperkenalkan bantuan kewangan terhadap perniagaan dan pekerja yang terkesan oleh masalah tarif yang berterusan.
Kanada telah mengenakan tarif balas sebanyak C$60 bilion terhadap barangan daripada AS dan bersedia untuk tambah C$95 bilion tarif jika rancangan Trump terhadap Kanada diteruskan.