Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berbicara dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang disepakati sebelum ini.
Anwar memberitahu mereka akan segera mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan isu tersebut selepas Abang Johari pulang dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom (UK).
Anwar mengulas semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan dan kenyataan atas dasar kepentingan bersama.
Beliau optimis masalah ini dapat diselesaikan dengan penuh berhemah dan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna.
Abang Johari menyatakan beliau dan PM telah mencapai komitmen untuk mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.
Beliau turut menegaskan penyelesaian masalah itu adalah berteraskan pendekatan kepada kedua-dua pihak yang dilakukan secara harmoni dan adil.
Abang Johari turut mengutarakan tindakan terbabit berasaskan kepada keikhlasan bahawa hasil minyak dan gas negara perlu dikongsi secara saksama.
Kenyataan itu dihujah selepas beliau menghadiri sesi ‘Townhall Agenda Sarawak’ sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, Edisi UK di London kelmarin.
Sementara itu, syarikat Petronas menerima notis undang-undang daripada kerajaan Sarawak selepas anak syarikatnya, Petronas Carigali didakwa beroperasi secara haram dan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016.
Petronas Carigali diberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen berkenaan sekiranya gagal boleh membawa kepada penalti kewangan bawah Seksyen 21A.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!