Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Rusia selama empat hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh hubungan baik antara kedua-dua negara.
Lawatan ke Rusia bermatlamat mengukuhkan dasar luar berkecuali Malaysia dalam merentasi Selatan Global termasuk benua Afrika, Amerika Latin, Oceania dan Asia.
Selain itu, kunjungan ini dianggap penting dalam meletakkan kedudukan Malaysia sebagai rakan utama sejajar pembabitan Rusia secara meluas dalam dunia islam.
Perjalanan rasmi terbabit akan menjadi lawatan kali kedua Perdana Menteri ke negara itu dalam tempoh lapan bulan atas jemputan terhormat Presiden Vladimir Putin.
Kali terakhir Anwar melawat Rusia adalah pada September tahun lalu bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur di Vladivostok dalam menyuarakan sokongan terhadap kerjasama multipolar.
Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow sekitar jam 6 petang waktu Malaysia.
Ketibaan Anwar disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Rusia ke Malaysia, Nail Latypov dan Timbalan Menteri Rusia, Ryabkov Sergey Alexeevich.
Malam ini, Anwar dijadual mengadakan majlis makan malam bersama kira-kira 100 orang rakyat Malaysia termasuk pelajar di Rusia.
Pada hari esok, Perdana Menteri akan menghadiri sesi bersama tokoh utama Rusia di Hotel Metropol, Moscow.
Seterusnya, Anwar juga bakal bertemu rakan sejawatan, Mikhail Mishustin di bangunan rasmi kerajaan Persekutuan Rusia.
Delegasi Malaysia turut mengadakan perjumpaan dengan Putin di Kremlin dengan berfokuskan isi perbincangan merangkumi pendidikan, teknologi, perdagangan dan perluasan kerjasama dengan dunia Islam.
Pada Khamis, Anwar akan menyampaikan ucapan umum di Institut Negeri Moscow demi memperkukuh hubungan pendidikan jangka panjang antara kedua negara.
Perjanjian dibuat didorong oleh ribuan rakyat Malaysia telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Rusia, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan perubatan.
Anwar akan berangkat ke Kazan,Tatarstan untuk bertemu ketua republik wilayah terbabit dan melawat Ekspo Halal serta Taman Teknologi Tinggi Kazan.
Beliau juga bakal menghadiri Kumpulan Wawasan Strategik: Dialog Dunia Rusia-Islam dan membahas ucapan pada Forum Ekonomi Antarabangsa XVI, Dunia Rusia-Islam: KazanForum 2025.
Jumlah perdagangan Malaysia dan Rusia mencecah RM14.22 bilion pada 2023, merangkumi jentera elektrik, produk getah dan komponen galas bebola, manakala eksport utama Rusia ke Malaysia pula meliputi arang batu, baja potasium dan petroleum ditapis.
Ramai yang ikut perkembangan isu tarif, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!