Siapa sangka, ‘perang’ Donald Trump dengan China kini menjalar ke gelanggang pickleball.
Paddle yang dulu berharga $230 kini mencecah $333.50, hanya kerana tarif!
Tarif balas-membalas antara Amerika Syarikat (AS) dan China kini menekan harga peralatan sukan, termasuk paddle pickleball yang namanya sedang meningkat naik di dalam dunia sukan.
Syarikat CRBN, antara pengeluar paddle pickleball terkemuka di AS, memberikan amaran bahawa harga paddle mungkin naik sehingga 145%.
Sebagai sebuah syarikat yang baru berjengket-jengket dalam dunia sukan ini, mereka mengakui kesukaran berdepan kos bahan mentah yang melambung, semuanya berpunca dari perang tarif ini.
Namun yang lebih menekan ialah ketidaktentuan pasaran — boleh meranapkan syarikat itu pada bila-bila masa.
Setakat ini, CRBN memutuskan untuk masih bertahan tanpa menaikkan harga peralatan permainan ini, tapi tidak pasti sehingga bila.
Sementara itu, populariti pickleball di China semakin mencanak.
Tapi dengan harga peralatan yang meroket, pemain dan perniagaan mula rasa beban.
Mula-mula paddle, lepas ni mungkin bola? Mungkin lepas ni semua orang dah boleh belajar buat bola pickleball guna bahan semula jadi untuk jimat?