Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan akan menghantar beberapa pegawai ke Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan dialog mengenai isu tarif.
Perkara ini dibuat disebabkan Malaysia tidak percaya diplomasi megafon, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah.
Malaysia dan AS memiliki hubungan komersial yang baik malah Malaysia juga menyokong pertumbuhan model keuntungan.
Namun situasi tarif ini boleh memudaratkan semua pihak.
Beliau berkata lagi, meskipun peredaran tarif melanda Malaysia, negara ini tidak akan goyah dan terus kekal sebagai rakan perdagangan yang teguh dengan AS.
Ini termasuk melibatkan diri secara proaktif dengan AS demi mencapai keuntungan bersama dan mengukuhkan hubungan dengan semua pasaran perdagangan utama di Kesatuan Eropah (EU), Asia, Timur Tengah dan Afrika.
Jumlah perdagangan barangan negara ini dianggarkan berjumlah AS$3.5 trillion (RM 15.69 trillion). Dengan tarif yang meningkat, keharmonian perdagangan global dilihat akan terjejas.
Anwar Ibrahim berkata tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump bukanlah cabaran pertama dan juga terakhir.
Trump mengumumkan tarif sebanyak 24% kepada Malaysia dan akan dilaksanakan bermula pada 9 April 2025, hari Rabu.