Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah dan kejatuhan dalam hasil Perbendaharaan AS, menandakan sentimen menolak risiko yang berterusan.
Pada jam 10.10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2330 iaitu menyusut sedikit berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2285 pada penutup dagangan Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal rapuh di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang memuncak.
Peniaga dan pelabur bakal memerhatikan penilaian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai keadaan ekonomi semasa menjelang keputusan dasarnya pada awal pagi Khamis.
Katanya, ringgit mengalami pengambilan untung selepas kenaikan mendadaknya berbanding dolar AS semalam, di tengah-tengah ketidaktentuan yang berlarutan.
Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama pada pembukaan.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9434/9564 daripada 2.9502/9556 pada penutup semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.7764/7968 daripada 4.7824/7909, dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.6234/6475 daripada 5.6302/6402.
Begitu juga, ringgit menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding rakan setara Asean.
Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2674/2821 daripada 3.2749/2812, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8922/9611 daripada 12.9399/9700.
Ringgit juga lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 7.57/7.61 daripada 7.60/7.62, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 256.0/257.2 daripada 257.0/257.6. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!