Pelabur asing terus hilang jejak daripada Bursa Malaysia buat minggu ke-19 berturut-turut, kali ini dengan aliran keluar lebih besar sebanyak RM1.27 bilion – melonjak lebih 120% berbanding minggu sebelumnya sebanyak RM562 juta.
Jumaat jadi hari ‘paling berdarah’ – RM646.2 juta terbang dalam sehari!
Sementara sektor pembinaan, telekomunikasi, dan REIT masih dapat menarik sedikit modal asing, sektor kewangan, perkhidmatan pengguna, dan utiliti mengalami kerugian paling teruk.
Namun begitu institusi tempatan terus menjadi benteng pertahanan dengan belian bersih RM817.4 juta, manakala pelabur runcit tempatan turut agresif membeli saham, membawa masuk RM447.9 juta.
Dengan lonjakan dagangan asing sebanyak 80.3%, pasaran nampaknya semakin rancak – tapi adakah ini petanda kejatuhan lebih besar atau peluang untuk mereka yang berani?