Lepas ditekan dengan tarif import sehingga 31%, syarikat gergasi farmaseutikal Swiss, Roche, tampil dengan langkah berani dengan mengumumkan pelaburan besar bernilai €47 bilion ($50 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dalam masa lima tahun akan datang.
Menurut laporan, pelaburan ini bakal mampu mewujudkan sebanyak 12,000 pekerjaan termasuk pembuatan pusat R&D baharu di California, Indiana, Massachusetts dan Pennsylvania, serta fasiliti terapi gen dan pengeluaran ubat kurus generasi baharu.
Namun kenyataan yang kedengaran ‘gempak’ ini mula menimbulkan ‘sus’ kepada sesetengah pihak apabila pengumuman tersebut tiba-tiba sahaja muncul hanya beberapa jam selepas Presiden Swiss menelefon Trump bagi berbincang isu tarif.
Tambah lagi tiba-tiba apabila White House tiba-tiba ‘pause’ tarif untuk 60 negara selama 90 hari.
Kebetulan sangat?
Dan di tengah tiba-tiba ini, CEO Roche, Thomas Schinecker, menambahkan lagi tiba-tiba menyatakan bahawa mereka akan mengekspot lebih banyak ubat dari AS tanpa menyentuh isu tarif.
Di tengah isu tarif yang hangat tapi tiada sebarang kenyataan tentang tarif yang keluar? Pelik bin ajaib.
Roche, yang raih hampir €27 bilion jualan farmaseutikal di AS tahun lepas, kini tambah 24 tapak operasi di 8 negeri.
Sah! Nampaknya bila ekonomi dan politik bertembung, siapa pandai main timing dan tiba-tiba koma 10 tahun pun boleh bangun sign MoU!